HUKUMAN SEBAT KEATAS PENZINA
Maksud firman Allah:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu
berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu
beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan
hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang
merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin
adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman
keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes
mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan
perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan
keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang
lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan
dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang
perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan
hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan
di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah
berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam
dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan.
Telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi
Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali
belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin
berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga
berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan
ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang
telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah
ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah
diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah
radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun
sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hukum Allah ini keatas
orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan
pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu
beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hukum Allah ini secara
terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan
balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila
disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah
mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan
daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman
itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran”.
No comments:
Post a Comment