Sunday, 29 April 2012

PQS NOTA 3: Hukuman Kepada Penzina

Hukuman Keatas Penzina
Hukuman terhadap penjenayah zina seperti rejam, sebat atau rotan dan buang daerah, namun tidak kesemua hukuman itu di kenakan keatas si penzina. Hukuman- hukuman  ini akan di laksanakan merujuk kepada kedudukan penzina tersebut sama ada telah berkahwin (muhsan) atau belum berkahwin (ghary muhsan).



a) Hukuman Sebat atau Rotan.
Hukuman sebat terhadap penjenayah zina adalah sebanyak seratus kali sebatan. Ini berdasarkan  dalil yang dinyatakan dalam al-Quran surah an-Nur ayat 2
Firman Allah s.w.t 

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ 
  إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:

" Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali sebat dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. 
Hukuman ini di kenakan kepada penzina ghary Muhsan iaitu mereka yang belum berkahwin melalui akad nikah yang sah.
Gambar A: pelaksanaan hukuman sebat di Arab Saudi.

GAMBAR A
b) Hukuman rejam dengan batu sehingga mati.
Rejam adalah satu pembalasan berat dalam jenayah zina yang di kenakan keatas penzina muhsan menerusi lontaran batu yang di kenakan keatas penzina muhsan.
Ini berdasarkan Firman Allah yang telah di mansuhkan bacaan tetapi di kekalkan hukumandan dapat di lihat melalui hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Majah iaitu: 

“ Lelaki tua dan juga perempuan tua yang berzina maka kamu rejamlah kedua-duanya mereka sebagai suatu amaran daripada Allah.

Hukuman rejam sampai mati di laksanakan ke atas penzina Muhsan iaitu mereka yang telah berkahwin secara sah dan telah menikmati hubungan suami isteri (persetubuhan) sama ada lelaki atau perempuan.

Di sini di sertakan gambar pelaksanaan hukuman rejam yang di laksanakan di Rydh. Walaupun ia nampak zalim pada sesetengah pihak namun itulah hakikatnya. Jadikanlah ia sebagai pengajaran dan benteng untuk tidak menghampiri dan terjebak dalam jenayah zina. Ingatlah.....

CONTOH PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM 
GAMBAR 1

GAMBAR 2
GAMBAR 3





























































No comments:

Post a Comment