Sunday, 29 April 2012

PQS TING 5 NOTA 1: PENGERTIAN ZINA

Bahagian Tilawah al-Quran

Tajuk: Hukum Zina

Pengertian dan Hukum Zina
1.Pengertian Zina

Zina ialah persetubuhan yang di lakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah menurut hukum syarak. 



2. Hukum Zina/ Dalil pengharaman Zina

Allah s.w.t mengharamkan zina kerana ia merupakan perbuatan keji dan termasuk dalam satu daripada dosa-dosa besar dan amat di murkai Allah s.w.t. 

Dalil Pengharaman Zina

Antara dalil Naqli yang mengharamkan perbuatan Zina:

a) Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Maksudnya:
“Dan Janganlah kamu menghampiri zina kerana, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakkan).

b) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“ Daripada Ubadah bin al-Samit berkata: Kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu majlis lalu baginda bersabda: Baihlah kamu denganku, sesungguhnya janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu dan janganlah kamu berzina dan janganlah kamu mencuri dan janganlah kamu membunuh jiwa yang di haramkan oleh Allah melainkan dengan hak. Maka sesiapa yang mati di antara kamu (dalam keadaan ia tidak melakukan perkara yang di larang itu), Allah akan memberi ganjarannya. Dan sesiapa yang melakukan perkara yang di larang itu, maka dia akan di kenakan hukuman keatasnya, itu adalah kafarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan perkara yang di larang itu Allah akan menutup keatasnya. Sesungguhnya urusan itu terserah kepada Allah sama ada mahu mengampunkannya atau mengazabkanya”. ( Hadis Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment