Sunday, 29 April 2012

PQS TING 5 NOTA 2 : Rukun Zina

Rukun Zina

Rukun zina berdasarkan kepada pengertianya oleh ahli fuqaha boleh di kategori kepada dua iaitu:


i) Perbuatan Persetubuhan.

Maksud perbuatan persetubuhan di sini ialah perbuatan persetubuhan yang di haramkan,tidak termasuk perbuatan yang di lakukan oleh mereka yang telah berakad nikah atau tuan dan hambanya. Perbuatan persetubuhan yang di kira zina ini berlaku dengan mana-mana perempuan yang bukan di miliki dengan sah di sisi syara’ sama ada melalui akad nikah atau pemilikan hamba yang sah. Jika kedua-dua akad itu wujud, persetubuhan yang berlaku tidak di kira zina sekali pun ia berlaku dalam situasi yang di larang seperti persetubuhan yang berlaku ketika haid, nifas, puasa ihram, zihar, lian dan sebagainya.

ii- Berlaku Dengan Sengaja (Pilihan Sendiri) Serta Berniat Sengaja.

Rukun ini adalah penting untuk menentukan seseorang itu melakukan jenayah zina atau tidak. Ini kerana untuk menentukan perbuatan zina perlu kepada niat sengaja yang datang selari dengan perbuatanya. Dalam waktu yang sama ia tahu ia perbuatanya adalah di haramkan. Tetapi jika ia berlaku secara tersalah atau ada unsur syubhah maka hukuman hadd zina tidak di kenaakan ke atasnya kerana tiada niat sengaja.Niat melakukan zina dengan sengaja apabila seorang lelaki itu mengetahui bahawa perempuan yang di setubuhi bukan miliknya dan ia memahami berkenaan larangan syarakterhadap perbuatan tersebut. Bagi pihak perempuan pula di anggap berniat sengaja apabila dia rela untuk di setubuhi oleh lelaki yang haram keatasnya serta dengan pengetahuan tindakan itu haram pada syarak.

No comments:

Post a Comment